chapter 20; God created me with love.

17 June 2010

Pocong or ??

Aku tak tau apa yang aku nampak tadi kat kampung. Sebenarnya memang nak balik esok. Tapi mama dah keberatan nak balik esok, balik malam ni jugak. Abah tadi pi main badminton, kereta ada satu ja, sebab Peugeot dok bengkel.

Jadi kena tunggu abah sampai rumah la, baru boleh guna kereta balik kampung. Dalam 10.30 abah sampai, lepastu abah nak pi Perlis pulak, ambil kereta dah siap. Aku dengan mama pun start kereta balik Langgar. Kalau ada follower tetap dari dulu, memang tau kisah kampung aku macam mana. Nad tau. Kan nad ? HAHA

Sampai dalam pukul 11.00 macam tu. Sembang && sembang pasal family, kahwin & blabla. Lepas tu mama ajak balik. Dalam pukul 11.45 macamtu lah, sebab dah lewat sangat. Masa nak reverse kereta tu, atas bumbung aku nampak lembaga ni. Bukan lembaga pendidikan, tapi lembaga tu la, baca kat Post Title aku la.

Aku senyap. Senyap sampai balik. Dalam kereta mama saja dok nyanyi. Aku senyap. Betul ka apa yang aku nampak. Aku tak cerita kat sapa-sapa lagi. Termasuk mama. Takutnya tak terkira.
Sekian.

4 comments:

Jijahh @ f.k said...

wahhh .... mengerikan ...mau ketaq lutut jijah tuuuu

atynroslan said...

ahaha. tggu lagi jijah oii, ketaq semua ada time tu. berdiri baik punya atas bumbung. naseb xikot balik umah. haha, jenuh melompat.

nad said...

pocong or bantal pelok :D
pulangkn bantal peluk ku.

atynroslan said...

nad : hg rojaq. jumpa kat hg bru hg taw. hahhaha