chapter 20; God created me with love.

19 June 2010

Lantak la kan

Tadi baru balik dari makan kat kedai Chinese depan KFC. Act, kedai tu feveret mama dulu masa pregnant dekat along. Mama mengidam sangat sampai tiap-tiap malam abah kena bawak dia makan kat situ. Sekarang bila dah besar, mama cakap keinginan dia nak makan kedai tu dah tak da. Aku pun taktau la pasaipa. Mungkin dulu bawaan orang hamil kot. Nvm, aku bukan tau sangat. .

Kedai tu klasik sikit la. Tapi yang tu aku suka. Cara lepa niaga macam oldskool gila. Takda tinggai sebutir nasik pun, lepa kira sungguh-sungguh. Baguih orang cina buat bisnes.

Masa tengah tunggu order tu, ada la beberapa orang Melayu lalu lalang kawasan tu sambil ushar panas kami satu family. Awat wey ? Aku pi tak pakai baju ka ? Atau pelik sangat orang Melayu makan kat gerai Chinese ? WTH.

Sebenarnya, tuan kedai tu dah kenai abah dari zaman abah kecik-kecik lagi. Tadi dia mai cerita kat meja kami, dulu tokwan aku dok bawak abah mai makan sini la, sampai sekarang abah bawak generasi dia sendiri.
Bangga sungguh aku jadi rakyat Malaysia. Yala, tukang buat ayaq India, pun kenai kami satu family. Tuan kedai Chinese, mai sembang dgn kami.

So orang Melayu, buangkanlah sifat buruk, iaitu sangkaan korang. Aku dapat baca, mesti ada yang pikiaq, "eh, orang melayu mkn kedai cina ? kotorlah.., halal ka tu?" YEAH, aku boleh nampak dari ayaq muka lepa. Lantaklah, sedap pun sedap, halal pulak tu.

Kita kan 1 Malaysia. Jangan kolot sangat. HEH

No comments: