chapter 20; God created me with love.

29 May 2011

Tak penting pun

Assalammualaikum.

Haiya penat sangat dah sekarang ni. Kenduri sana situ sini sinun. Sampai tak sempat nak update.

26-28 Mei 2011.
-Camping dengan kawan-kawan dekat sekolah.
-Bukan camping actually, jaga budak form 3.
-Kononnya aku ni senior. Okay fine.

28 Mei 2011.
-Kenduri rumah jiran.
-Anak dia kahwin.

28 Mei 2011.
-Tahlil rumah sedara.

29 Mei 2011.
- Kenduri kahwin anak kawan abah.
- Dekat dewan.

Bye.

25 May 2011

Wohoooo~

Assalammualaikum.

Tadi Nisak ada tanya aku pasal camping dekat sekolah. Actually bukan camping, tapi macam camping jugak lah. Kami kena jaga peserta camping dari UUM. Mungkin.

Aku tak pasti nak pi ke tak. Bukan tak tau abah punya style, sangat takut aku pi mana-mana jauh dari dia. Tadi masa lunch, aku tanya abah. Abah cakap tanya mama dulu. Okay, nampak dah lampu hijau sikit dari abah.

Balik rumah aku terus tanya mama, mama cakap "Pi jelah". OMAI GOSH! Memang tak sangka okey? Seronok tahap beronok-ronok dah. Hikhik.

Yeay, so esok sampai pagi Sabtu aku takda! Tehehehehe. Terima kasih abah & mama sebab bagi kebenaran aku timba pengalaman.

*Last aku ber'kem' ni, darjah 6 dulu. Okay tak?

21 May 2011

ND

Assalammualaikum.


Thanks for make my day Napoleon Dynamite.
Hay you, vote for Pedro!
Hiks =.=" 

Benda kecik

Assalammualaikum.

Facebook aku jadi gila. Tu ja word yang boleh describe sekarang. Mungkin Mark dah takmau tengok muka aku selepas aku gaduh dengan dia semalam. Kfine, biar aku cari Tom Myspace pulak. Kekasih lama.

Okay, mungkin dah tiba waktunya aku undurkan diri dari dunia facebook. Selamat tinggal kawan-kawan terbaik Facebook.

I can live without you lah baby!

Manis depan

Assalammualaikum.

Dalam hidup nak meningkat alam dewasa ni, banyak benda yang aku dapat belajar. Hanya kerana satu kesilapan, boleh membuatkan masing-masing tak bertegur sapa. Macam yang aku hadapi sekarang, maksud aku, keluarga aku sedang hadapi sekarang, aku nak catat dalam buku sejarah hidup, iaitu akal aku.

Kena sentiasa beringat dengan manusia akhir zaman ni. Banyak menipu untuk hidup. Cara lain ada, tapi malas nak guna. Dia fikir dengan cara menipu ni boleh cepat kaya. Macam yang abah dan mama sedang lalui sekarang.

Beberapa minit tadi, abah pesan dekat aku, "Jangan cepat percaya dekat orang adik noh, beringat sentiasa..". Aku ambil pedoman dengan apa yang terjadi sekarang.

Lihat, permainan dunia. Semoga Allah buka hati manusia tersebut untuk berubah. Amin.

20 May 2011

Geng selekeh

Assalammualaikum.

Aku tak rasa budak lelaki dengan perempuan sangat HOT bila ambil gambar, kena tunjuk jari tengah, kena tunjuk buat aksi panas. Yang si perempuan kemain hisap rokok. Hebat sangatlah konon? Aku tak rasa pun depa cool. Bagi aku geng ni sangat selekeh. Geli pun ada. Terasa hampas pun ada. Kesian pun ada.

Bagi aku, perempuan yang baik tak perlu buat semua tu. You cantik kat dalam, confirm kat luar you cantik jugak. Tak perlu nak pegang dunhill ka, john ka, apa ka. Geli okay?

Mesti kalau ada yang baca dan terasa, mesti akan cakap "what do i care? lantak lah life aku".

Dahtu buat apa nak terasa, aku pun boleh cakap jugak "what do i care? lantak lah blog aku."

Sumpah aku geli jenis manusia macam ni.

Aku bet bila depa dah dewasa/tua nanti, depa mesti menyesal. Kalau yang tak sedar diri lagi tu, entahla nak cakap. Lu sendiri angkat, lu sendiri tanggung lah.

19 May 2011

Rindu

Assalammualaikum.

Rindu sangat dengan kenangan. Kenapa hidup ni takda remote macam televisyen tu ha? Kalau aku rindu dengan masa-masa lepas, aku tekan ja butang 'rewind'. Bila aku nak lalui masa-masa gentir, aku tekan ja butang 'forward' semaximum mungkin.

Tapi tak boleh. Dan aku sedar benda tu.

18 May 2011

Zaman Neolitik

Assalammualaikum.

Tadi exam sejarah. Sebelah aku ada si Pikah. Soalan number 1 dah tanya pasal zaman Neolitik. Okay aku dah konfius. Dorang ni cari makan macam mana, hidup macam mana, sumber depa datang dari mana. Aku konfius sebab zaman-zaman ni hampir sama dengan zaman Paleolitik.

Tengah aku buat, Pikah ada tanya,

"Atyn, zaman Neolitik depa buat apa ah? Aku lupa ni.."

Lama jugak aku fikir.

"Depa main snooker.." 

Benda ni sangat spontan. Pikah terus gelak macam dunia ni dia punya. Aku tau bukan lawak pun. Sebab dia tengah stress. Orang stress ni memang sanggup buat apa saja, termasuk memotong kuku kaki secara rakus.

(Okay fine, entry 'sampah' sudah kembali)

17 May 2011

Exam week.

Assalammualaikum.

Semalam along call abah. Mungkin tanya pasal aku kot. Abah cakap "Hm, adik tengah facebook..". Memang aku tengah online facebook. Sebab harini kan cuti Hari Wesak. So aku rasa aku boleh online. Actually, minggu ni aku exam. So kira hari Isnin dengan Selasa cuti exam sebab hari Isnin ada sambutan Hari Guru.

Sambung cerita pasal abah dengan along. Mungkin along tanya aku ada study tak sekarang, sebab aku dengar abah cakap "Hm dak pun..". Sumpah aku rasa lain dengar ayat tu. Aku rasa takut, rasa sedih. Takut sebab aku ni masih tak sedar-sedar diri lagi, dah nak exam. Sedih pula sebab aku dah berjanji tak mau online sangat minggu exam ni, tapi online jugak.

Lepas aku offline ni, aku nak buat revision. Pasti. Aku nak buat. Esok subject Agama, BM2, dengan Sejarah kot kalau tak silap. Matilah..

16 May 2011

Kerana dirimu begitu berharga

Assalammualaikum.

Masuk tahun ni genap 11 tahun aku jadi pelajar. Segala ilmu depa curah dekat aku, Tuhan ja mampu balas. Jasa depa sangat aku hargai. Kelas tambahan, beleter. Dari sekolah rendah, sampai sekolah menengah, tak jemu-jemu ajar murid buas ni. Murid tak dengar kata. Murid kuat memberontak, dalam diam.

Tahun terakhir untuk aku. SPM tengah tunggu. Depa semua membanting tulang, tak kira penat lelah ajar aku, bagi aku ilmu yang aku tak pernah tahu pun.

Terima kasih cikgu. Selamat hari guru, cikgu. Semoga hidup cikgu-cikgu sekalian alam dirohmati, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Doa tulus ikhlas dari anak muridmu,
Noorul Affaten bt. Roslan.

14 May 2011

And again

Assalammualaikum.

Aku letak balik shoutbox aku kat sebelah ni. Cer reling-reling tempat lepak korang kat sisi blog aku ni.

Dengan harapan aku berharap sangat, sampaikan sebelum aku tidur pun aku sempat berdoa mudah-mudahan takda peniaga datang ke blog aku promote barang diaorang. Amin.

Kepada Peja, Cara Buat Dadih, Jual Baju Bayi, Lelaki Kuat dan yang nak buat bisnes, aku minta tolong jangan masuk dalam pages aku dah lepas ni. Nightmare sangat. Sampaikan aku fobia nak letak shoutbox.

Aku haramkan korang paste benda niaga dalam shoutbox aku.

Its all about me, me, me, me

Assalammualaikum.

Akhirnya blogger kembali macam dulu balik. And i was "YAY!". Stupid ha. Minggu ni sampai minggu depan, aku exam. So maybe aku tak update banyak kot. Tunggu cuti sekolah nanti. Banyak gila event yang bakal berlangsung.

1. Kenduri merata ceruk.
2. Hanging out with my friends.
3. Do some revision for my SPM's trial.
4. Enjoy the holiday.
5. Rest.

Kadang-kadang aku juga terfikir yang SPM just around a corner. But i'm still having fun. Sangat benggong. Revision? Tunggu hidayah datang baru aku terhegeh-hegeh nak buat. Hamagad.

So from now, aku kena berubah. Tak boleh nak main-main dah. (cakap kosong je ni okay?). Blablabla!

Dah la, bye.

07 May 2011

Saudara angkat

Assalammualaikum.

Kemain lagi tau aku punya title. Aku nak cerita pasal adik-beradik angkat. Secara terangnya, orang yang takda pertalian darah dengan kita, tapi nak jadi abang/kakak/adik kita. Macam aku, aku takda adik dan aku juga takda adik angkat. Bagi aku mengambil saudara angkat ni sangat melecehkan.

Mengikut pengalaman seorang budak perempuan yang tak mahu namanya dimentionkan, dia pernah diambil menjadi adik angkat kepada seorang lelaki. Hampir setiap hari mereka berhubung. Samada di telifon mahupun ruangan chatting. Sehingga satu tahap, timbul perasaan cinta antara mereka. Akhir sekali mereka men'declare' kan diri mereka sebagai satu pasangan kekasih.

Kalau tak clash takpa. Macam mana pulak kalau clash?

Lepas tu bila dah putus/clash, masing-masing langsung tak contact dah. Nampak tak berlaku 'pembaziran' disitu? Kasih sayang yang mereka patut semaikan terlerai macam tu saja.
....

Yang ni pula cerita aku. Ada budak junior sekolah aku, hantar chat IM dekat aku. Seperti biasa aku akan layan sapa-sapa ja yang tegur aku. Secara tiba-tiba dia tanya soalan ganjil kat aku.

"kak nak jadi kakak angkat saya?"

Untuk mengelakkan dia merasa malu, aku tolak perlawaan dia. Aku cakap aku tak suka ambil saudara angkat. Entah kenapa. Bagi aku macam loser sangat. Padahal kita memang dah di'declare' kan sebagai saudara sesama Islam.


Seterusnya, aku paling geli orang lelaki ada abang angkat. Sebab takda abang? Kau anak tunggal? Come on lah man, geli semacam aku. *ini jujur.


Dan aku sendiri tak tahu apa function saudara angkat ni. Oh konon kau tu ada perasaan kasih-sayang murni menjadi seorang abang/kakak/adik lah ni ye?

Oh loser!

06 May 2011

Baca

Assalammualaikum.

Ketika sedang menyiapkan entry kali ni, dah masuk 40minit aku biarkan new post ni tanpa ada sebarang huruf . Cari idea punya pasal.

Facebook tempat untuk luahkan status. Yeah, jadi diri sendiri lebih baik kan. Jadi kita tak perlu rasa segan untuk update status kita sendiri. Yang masalahnya, ia melibatkan orang sekeliling. Status kita bergenre nak maki orang lain, tapi orang lain yang terasa. Sama-sama buat 'double meaning'. Ini boleh mendatangkan pelbagai akibat yang buruk.

Niat aku tulis entry ni bukan untuk mana-mana pihak. Sedar tak aku sekarang rajin buat entry pasal persekitaran aku? Dan aku rasa entry kali ni pun juga terbabit sama.

Aku sedar yang mengupdate status facebook sangat men'realease'kan stress kita. Even aku pun kalau stres, twitter merupakan tempat kedua aku update. Rasa sangat tenang. Biarpun takda siapa yang baca. Kita rasa beban yang 100% bertukar menjadi 36%.

Tapi kalau niat hati tu update status semata-mata nak gaduh, baik tak payah. Kita bebas menyuarakan pendapat masing-masing, tapi sebolehnya jaga hati orang lain sama.

Dan pendapat aku yang terakhir, buang masa lah nak gaduh dalam dunia maya ni. Aku dah remove beberapa kawan mitual friends, sebab depa asyik gaduh. See, ia juga melibatkan orang sekeliling. Please lah weh, FB ni tempat untuk berkawan, bukan berlawan.

So tamat jugak entry aku kali ni. Mungkin yang terakhir untuk hari ni. Take care.

Nasi Lemak

Assalammualaikum.

Dengan ini aku menyatakan hasrat bahawasanya, aku dapat makan juga nasi lemak untuk kesekian kalinya. Sebab aku tak boleh dah makan nasi lemak kat sekolah. Obese katanya. Okay fine.

Panas juga isu ni apabila kantin sekolah aku hanya dipenuhi oleh roti-roti. Aku naik muak. Aku naik menyampah. Bukan tanda aku tak bersyukur, tapi aku dah tak larat nak makan roti. Bayangkan kalau hari-hari kau disogok dengan roti. Kalau sedap takpa, ni rasa macam selipar koyak.

Aku ada terbaca dekat Harian Metro haritu. Maaf sebab aku tak berapa nak ingat tarikh apa. Ada sorang brader ni dia bagi pendapat tentang nasik lemak. Dan dia pun setuju bahawa nasi lemak tidak mengandungi sebarang unsur kolestrol yang tinggi dan membahayakan.

Aku pun pelik juga lah. Bila aku search Google gambar menteri kesihatan tu, aku pun agak konfius, adakah dia pun pengemar nasi lemak juga dahulu?

Baiklah, aku cuma nak share pendapat ja.

Minyak?

Assalammualaikum.

Sekarang ramai mempersoalkan isu mengenai harga minyak naik. Aku sebagai budak baru mencecah 17 tahun, yang sedang belajar untuk menulis entry yang tidak 'sesampah' dulu, aku tak tahu salah siapa. Dan aku taknak salahkan mana-mana pihak. Think positive lah weh. Dunia semakin maju. Everything is money. Money is everything. Tak percaya? Its up to you.

Aku hanya fikirkan benda positive (sebolehnya). Apa yang aku fikirkan,

- Dunia semakin maju. Jadi, semakin ramai manusia maju. Buat itu la, buat ini la. So, sumber-sumber yang berkaitan sewaktu dengannya telah pun digunakan. Bila sumber tu semakin sikit, semakin mahal lah harganya.

- Pasal harga minyak naik ni, ada jugak baiknya. Apa yang kita perlu ialah ilmu. Dengan ilmu, kita berpeluang memiliki pekerjaan yang besar sekaligus gaji juga besar. Jadi, mengenai wang untuk membeli minyak tak perlu lagi kita risaukan. Biar mahal, kita sanggup bayar. Sebab apa? Sebab kita ada duit dan kita juga perlukan sumber tu.

Jadi aku rasa kita tak perlu nak salahkan mana-mana pihak. Apa yang kita buat, itu yang kita dapat. So, think wisely.

Aku cuma nak share pendapat. Terpulang lah kalau nak ambil iktibar ke tidak. Tehee!

I don't care

Assalammualaikum.

Yeah like always, rating tak pernah nak naik dekat blog aku sekarang. Sedih. Sebab aku tau penulisan aku semakin hari semakin 'sampah'. Aku tau. Budak mentah nak belajar tulis, buat apa nak baca. Okay, aku tak kisah pun.

Apa yang aku tau, tulis apa yang ada dalam hati. Buat apa nak ikut orang. Lantak lah followers aku semakin menurun. Dari 197 ke 195.

Minggu depan exam. Dalam dewan pulak tu. Aku paling malas kena jawab exam dalam dewan sebab apa yang aku buat, orang sekeliling aku akan perhati. Tambahan pulak meja yang aku dapat tu berada di tengah-tengah medan perang.

Lepas exam, kenduri sangat banyak. Orang yang terdekat aku pula tu. Jangan bising lepas ni kalau berat aku naik 4 kali ganda.

Gemuk bertambah gemuk.

01 May 2011

Trip to Perak

Assalammualaikum.

Mood nak update tadi dah takda, tapi aku gagahkan jugak nak update. Baru balik dari Perak. Sebab pi hantar kereta kat along dekat sana. Totally best gila. Waktu pi kena konvoi dengan abah. Aku naik dengan mama, sebab kalau aku naik dengan abah, konfem tak boleh tukar siaran radio yang lain, Sinar ja yang abah tau.



Ni abah. And kereta ni jugak yang along guna dekat sana nanti.


Dah tak tau nak buat apa dalam kereta selain main badminton beregu dengan mama, aku jugak sempat buat camwhore sorang-sorang diri. Ajak mama, tak mama tak mau. Heh, berlagakk. :P

.....

Malam pulak along bawak kami pi Gerbang Malam. Terbaik! Semua barang memang best. Tapi takda pulak yang berkenan. Okay aku mengaku memang ada benda aku dah mark dari jauh, bila pi dekat agak mahal. So tak mampu. How sad! Ohh kebetulan, masa aku cari-cari beg kat satu gerai ni, aku terjumpa dengan blogger favourite aku, Sue Anna Joe. Dia tengah pilih-pilih beg. Malas lah aku nak tegur, kang kacau mood dia pulak nak shopping kan. Ohh, kalau dia baca (lah sangat) "Hai kak sue!" :p




Abah boleh pulak beli kasut baru. Timberland pulak tu. Okay fine jeles sebentar. Lepas tu pi makan malam dekat area dengan rumah along. Tempat tu memang best, tapi satu ja tak best, sebab aku teringin nak makan mee sizzling, tapi dah habis!


Sorry lah, gambar aku jelah kat sini. Malas nak upload yang lain. Hik!

...

Pagi tu macam biasa, kena breakfast kan. Breakfast dekat kedai maple. Best jugak. Paling tak tahan, abah buat lawak macam Oh Yeah! tu. Kami semua gelak teruk lah. Sebab abah tiru gaya "mata ke atas, tangan dibahu". Hahaha. Bukan senang orang yang bernama Roslan Safar tu nak buat gaya tu okay! Priceless moment!


Then pi beli burung murai dekat bandaraya Ipoh. Abah beli dua ekor. Sementara nak tunggu abah yang lama sangat tu, sempat lagi kami berposing maut! (ayat skema sikit)


Okay, lepas hantar along balik rumah, kami terus balik Kedah! Yeay! Home sweet home! So yang tu jelah nak cerita untuk malam ni.


I had a great time with my family today! Priceless moment! ;)

PERAKKKK IS AWESOME ;) SANGAT AWESOME ;)

ILOVEILOVEILOVEILOVEILOVEILOVE IT!

NANTI LAH UPLOAD PICTCHA! EKSAITEDDDDDDDDDDDD SANGAT DAH NI. GR~