Assalammualaikum.
Masuk tahun ni genap 11 tahun aku jadi pelajar. Segala ilmu depa curah dekat aku, Tuhan ja mampu balas. Jasa depa sangat aku hargai. Kelas tambahan, beleter. Dari sekolah rendah, sampai sekolah menengah, tak jemu-jemu ajar murid buas ni. Murid tak dengar kata. Murid kuat memberontak, dalam diam.
Tahun terakhir untuk aku. SPM tengah tunggu. Depa semua membanting tulang, tak kira penat lelah ajar aku, bagi aku ilmu yang aku tak pernah tahu pun.
Terima kasih cikgu. Selamat hari guru, cikgu. Semoga hidup cikgu-cikgu sekalian alam dirohmati, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Doa tulus ikhlas dari anak muridmu,
Noorul Affaten bt. Roslan.
No comments:
Post a Comment