Assalammualaikum.
Dalam hidup nak meningkat alam dewasa ni, banyak benda yang aku dapat belajar. Hanya kerana satu kesilapan, boleh membuatkan masing-masing tak bertegur sapa. Macam yang aku hadapi sekarang, maksud aku, keluarga aku sedang hadapi sekarang, aku nak catat dalam buku sejarah hidup, iaitu akal aku.
Kena sentiasa beringat dengan manusia akhir zaman ni. Banyak menipu untuk hidup. Cara lain ada, tapi malas nak guna. Dia fikir dengan cara menipu ni boleh cepat kaya. Macam yang abah dan mama sedang lalui sekarang.
Beberapa minit tadi, abah pesan dekat aku, "Jangan cepat percaya dekat orang adik noh, beringat sentiasa..". Aku ambil pedoman dengan apa yang terjadi sekarang.
Lihat, permainan dunia. Semoga Allah buka hati manusia tersebut untuk berubah. Amin.
No comments:
Post a Comment