Assalammualaikum.
Dengan ini aku menyatakan hasrat bahawasanya, aku dapat makan juga nasi lemak untuk kesekian kalinya. Sebab aku tak boleh dah makan nasi lemak kat sekolah. Obese katanya. Okay fine.
Panas juga isu ni apabila kantin sekolah aku hanya dipenuhi oleh roti-roti. Aku naik muak. Aku naik menyampah. Bukan tanda aku tak bersyukur, tapi aku dah tak larat nak makan roti. Bayangkan kalau hari-hari kau disogok dengan roti. Kalau sedap takpa, ni rasa macam selipar koyak.
Aku ada terbaca dekat Harian Metro haritu. Maaf sebab aku tak berapa nak ingat tarikh apa. Ada sorang brader ni dia bagi pendapat tentang nasik lemak. Dan dia pun setuju bahawa nasi lemak tidak mengandungi sebarang unsur kolestrol yang tinggi dan membahayakan.
Aku pun pelik juga lah. Bila aku search Google gambar menteri kesihatan tu, aku pun agak konfius, adakah dia pun pengemar nasi lemak juga dahulu?
Baiklah, aku cuma nak share pendapat ja.
No comments:
Post a Comment