maaf na kalau aku buat sesapa tersinggung. takda niat lain selain untuk sedaqkan diri masing2.
bismillahirahmannirrahim.
1. okay, aku nak jujur. dulu kan waktu aku tingkatan-tingkatan dulu, aku pun ada masalah ni. kecelaruan maklumat. kecelaruan maklumat ni atau dikenali dengan bahasa lagi sedap is takda personaliti. takda personaliti ni dikenali dalam bahasa yg lagi mudah gila nak dipahami is "woih, hang ni takda jati diri sendiri ka yg asyik meniru orang ja ni?"
haa macam tu.
2. aku memang ada masalah ni waktu aku sekolah dulu. asyik nak tiru orang. aku tak dapat nak 'kesan' diri aku sendiri. aku rasa lebih baik tiru orang, best. seronok. puas. tapi kan, dalam duk meniru tu aku sedaq something yg aku tak mampu jadi orang lain. apa yg orang tu ada, aku pun takleh ada. apa yg orang tu buat, aku tak mampu buat. waktu tu aku sedaq, sampai bila nak tiru orang ni?
3. dari cara pakaian, cakap, gelak, blog punya layout pun aku meniru. sampai satu tahap yg setiap inci perbuatan manusia yg aku kagum tu, aku tiru. sounds may stupid but that's me. my past lah woih. sekarang alhamdulillah tak macam tu dah. hehe.
4. buat sesapa yg rasa ada masalah ni, jangan risau. in the end, insha Allah masalah ni akan settle & pi jauh2. hang tenang ja tunggu benda alah ni pi. lagi satu aku nak pesan, dalam duk tunggu tu cuba explore diri hang sendiri, tanya apa kekurangan & kelebihan hang dan jadikan kekurangan & kelebihan tu diri hang sendiri. hang paham tak? tak paham, baca balik sampai boleh paham.
5. percayalah. last sekali bila hang sedaq yg meniru orang ni tak kemana pun, hang akan menyesal sangat. take a time & explore yourself. you'll find the truth about yourself. apa yg hang suka, apa yg hang tak suka, jadi diri sendiri. jujur. kesian, hidup dahlah sekali ja, orang lain ada life memasing meanwhile hang pulak kalut duk kejaq 'diri orang lain'.
xxxxx
bukan niat nak marah ka apa ka, tapi aku nak bagi sedaq sebab benda ni dah pernah jadi kat aku, dan aku dapat rasa sedalam mana keinginan nak jadi orang lain ni.
semoga hang-hang semua pulih dari penyakit ni.
kesian kat diri sendiri, tak jujur.
take your time. YOLO yo.
aku cakap hang-aku sebab aku rasa jujur cakap macam tu lebih buat kita dekat, sebab itu adalah aku. maaf kalau yg baca ni umur atas dari aku ((akak akak, abang abang, pakcik pakcik, makcik makcik)). aku nak kita rasa rapat. macam tengah cakap dengan kawan baik sendiri.
aku pun terlampau jadi diri sendiri sampai asyik mencarut ja. mintak maaf tapi aku janji aku akan kurangkan perkataan2 tak elok. sebab semua tu mencerminkan aku balik ja. aku sedaq tapi nak buat camna?
yg baik kita jadikan teladan,
yg buruk kita jadikan sempadan siam. sawadikap.
bye humans! ((@.@))/*
No comments:
Post a Comment