chapter 20; God created me with love.

16 September 2012

Malaysia

Assalammualaikum.

Aku anak Malaysia & aku bangga jadi rakyat Malaysia.

Apa yg menariknya Malaysia? Apa kelebihan Malaysia berbanding negara lain? 

Hai semua! Aku Atyn Roslan nak cerita pasal uniknya Malaysia. Okay, nampaknya penulisan aku kali ni sangatlah formal, ini kerana apa? Kerana aku orang Malaysia dan orang Malaysia bertuturan sebegini, penuh dengan lemah lembut & adab sopannya.

Okay, enough with that Atyn.

Har har har. Harini kan Hari Malaysia, aku nak ambik kesempatan ni nak update pasai Malaysia la ni. Bagi laluan bagi laluan, Atyn Roslan nak lalu. Kihkihkih.

Okay, let's start!

1. Perayaan 
Kita boleh raikan banyak perayaan sebenarnya. Kalau awak tu cukup 'buta', awak takkan nampak semua ni. Eh tetiba. Hahaha. I mean, tengok, kita Muslim pun kalau agama lain contohnya India & Cina sambut Deepavali & Chinese New Year, kita pun cuti. Ini kerana apa? Sebab kita 1Malaysia.

2. Makanan
Haaa ni sapa tak suka makanan Malaysia ni mai aku lempang dia guna batang mop. Har har. Kita ada budu, kita ada tempoyak, laksa, satay, peneram, nasik kerabu & macam-macaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam. Kalau update pasai makanan dekat Malaysia ni, sampai Blogger.com ni pencen pun aku rasa tak habis lagi. Sapa tak suka makanan Malaysia tu memang dia tasteless la. Ryan Higa pun cakap "food in Malaysia is truly amazing". Haaa hang nak apa lagi kan? Hahahaha

3. Tempat percutian
Ni ada dalam wishlist aku nak pi jelajah Malaysia tapi taktau bila. Kahkahkah. Tunggu nanti InshaAllah kalau duit banyak aku pi la muehehehe. So far ni tempat yg masih belum aku pi ialah Johor, Kelantan, Teranggu & Sabah ja, yg lain Alhamdulillah dah sampai. Paling teringin nak pi Sabah. Pulau Sampoerna paling aku hajati nak pi pun.

4. Budaya
Banyak gila budaya yg kita ada dalam Malaysia ni. Nak sebut kat sini macam aku kata tadilah dekat bab makanan tu, sampai blogger ni pencen pun tak habis aku menyebutnya. Hahahaha.

5. Kaum
Kita ada banyak kaum. Semua ada, nak apa? Sebut ja. Hahaha.

Aku taktau dah ni, otak jem sat. Sampai situ ja kot aku update sebab taktau dah nak taip apa. Kalau sesapa rajin tolonglah update dekat komen entry ni.

Sebenaqnya aku up-kan entry ni sebab aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia buat semua warga Malaysia.

Aku bangga jadi rakyat Malaysia & bersyukur sangat sebab boleh hidup kat Malaysia tanpa bangun pagi-pagi fikirkan soal perang & sebagainya. So bersyukur lah sikit, kita generasi merdeka. Tak payah susah-susah berperang dengan penjajah. Thank you Allah for everything.

May Allah SWT bless Malaysia.

Happy Malaysia Day!!!!! 


13 September 2012

13 Sept. 2012

Assalammualaikum.

Lama betui tak update blog ni. Berhabuk teruk gila. Puih puih (buihh habuk dalam blog, sapu sawang) lol im totally lifeless.

 Kak As , yeah boleh click link tu, aku sebenaqnya panggil kat dia Kakak ja. Hahaha sebab terbiasa panggil & waktu duduk dengan kawan-kawan dia awkward sikit la sebab depa panggil dia Kak As. Haiyo ayoma ayopa.

12Sept haritu kakak ajak aku join untuk shoot konvokesyen polimas kali ke-26. Tunggu lagi aku tak join kan? Mesti ah join. Kebetulan kedai jahit tutup sebab Kak Eda hantaq adik dia pi PLKN. Yehaaaa.

Aku ni semangat gila prepare barang, baju, kasut apa semua nak pi sana tu. Aku bangun awai, dalam pukui 6.11am mama gerakkan. Lepas dah siap-siap, aku breakfast sat. Nasib baik hari tu perut ni tak meragam. Kalau tidak, bersepai bakhiang. Eeee yuks.

Then pukui 7.40am kot kakak & abg Fendi (husband dia) datang ambik aku. Potpet potpet dalam kereta, kami sampai dekat dewan wawasan. Harei manusia kemain ramai dekat situ. Yelah dah nama pun konvo kan. Takkan sorang ja kot yg terpacak situ. Jammed nak mampus.

Dah masuk dalam dewan, duduk senyap. Aku ambik dua tiga keping gambaq, lecturer tu mai lecture aku suruh jangan ambik gambaq. Okfine. Upacara tu boring gila. Panggil la Maroon 5 mai buat konsert takdalah boring sangat ye dok? Okay annoying tahap babun kena sawan -__-

Aku duduk dengan abang Fendi. Kakak dok tepi stage sebab ambik gambaq graduan. Dok sejam dalam dewan, abg fendi nak keluaq sebab tak tahan sejuk. Hahaha. Waktu tu tetiba ayat Hantu Kak Limah Balik Rumah terlintas "Orang Jawa mana tahan sejuk". Memang betul ah ayat tu. Abg Fendi orang jawa. Hahahhahaha gelak guling-guling.

Then abg fendi mesej suruh pi kat dia, dia dok makan. Aku pun pi lah. Then blablabla dia nak keluaq sat, aku pulak dok kat luaq. Huhuhu sedih. Sebab kad masuk dewan as a photographer ada dekat dia so aku tak boleh masuk. Duduk kat luaq sat jadi street photographer. Hehehe try saja.

Then dok melewaq sorang-sorang, Abang Din (ketua photographer) nampak aku, dia panggil aku tanya nak masuk ke dak dalam dewan, tunggu lagi tak masuk. Hehehe dia bawak aku masuk dewan hehehe lega!!! Baiknya dia ni :-))

Aku duduk sebelah tok & tokwan ni mai tengok cucu depa konvo. Syok gila sembang dengan tok chaq ni. Baik sangat-sangat. Dia suruh aku ambik gambaq depa 3 beranak satgi bila habis, nanti cucu dia add aku dekat facebook sbb nak tengok, tapi sampai sekarang tak add pun. Huhuhu.

Lepas dah habis konvo, aku pi la ambik gambaq depa 3 orang. Waktu jalan nak pi tu kakak call suruh pi kat stage. Lepas bergambaq-kan 3 beranak tu, aku pi la dekat kakak. Kenai-kenai dengan kawan-kawan dia. Yg sorang tu style sebijik macam Awi Rafael. Me is so suka y'all. Eh suka style dia saja.

Then dah habis semua tu, kami keluaq dari dewan pi makan. Aku tak lunch pun, malas, takda mood sebab tempat tu sesak. Depa 3 ja makan, abg fendi, kakak & Ti'e (yg mcm Awi Rafael tu).

Lepas tu masuk dewan balik, saja lepak dengan kakak dok sembang pasai camera. Then abg Din mai huluq RM 200.00 suruh pi beli KFC lepas tu pi studio utk makan ramai-ramai. Me is sho happy y'all. Hihihihi.

Pi studio pulak ramai nak mampoih manusia nak ambik gambaq konvo. Jenuh tunggu aku. Then abg Din panggil geng-geng yg takda kena ngena dengan shoot studio tu utk makan. Makan ramai-ramai. Aku? Mesti ah malu. First time jumpa siap makan ramai-ramai. Malu gila weh.

Lepas makan, buat hal masing-masing. Lepas tu sesi bergambaq dengan semua yg terlibat dengan team photographer tu. Then depa panggil aku. Heheheheheheh thank you. Buat eksyen macam-macam. Sporting habis.

Lepas tunggu Kakak transfer gambaq, dalam pukui 7.30pm baru depa hantaq aku balik. Penat jugak ah. Tapi memang banyak pengalaman aku dapat. Thank kakak & abg fendi sebab sudi ajak. Balik tu aku add la yg mana aku kenai dekat fb hehehehe.

So tu jelah. Mai layan gambaq sepam dua.






Ni lah 3 beranak tu :-)))


Ti'e. Suka tgk boot dia :D 


Ni student poli. Dok tolong2. Depa ni baik :-))) 

Letih ambik gambaq 2 hari berturut2.



So tu ja! Heheheh great experience ever! Thanks everyone. Have a nice day.

Take care. x 




06 September 2012

New life. x

Assalammualaikum.

Setelah lama aku sabar, menanti saat-saat indah utk aku dapatkan apa yg aku hajati. Akhirnya, tanggal 5/9/2012, Dia makbulkan apa yg hamba Dia yg hina-dina ini nak. Terima kasih Allah SWT. Terima kasih mama & abah. Terima kasih semuanya sebab sudi beri apa yg budak tak awesome ni nak. Terima kasih.

Nikon d60, hai sayang! Selamat menjadi hamba abdi Atyn Roslan! Hahaha rasa macam kejam pulok cop si camera ni hamba abdi. Hahaha i'm sorry baby.

Damn, aku taktau nak taip apa dah.

Oh.

Hari Ahad haritu along & abang Amzar ada photoshoot pra-wedding dorang. Pykah make-up-kan along. Abang Amzar takyah cakap, tak perlu di-make-up-kan atas sebab tertentu. Miahahaha.

Aku ajak Pykah teman. Yela waktu tu semua kawan-kawan aku yg lain sibuk. Masing-masing balik ke tempat belajar depa kan? Hmm.

First tempat utk dorang photoshoot dekat tepi laut (eh? Laut ka pantai aku pun tak sure doh). Hahaha. Aku dengan Pykah menjalankan sesi photoshoot kami sendiri. Sad part sebab bukan guna camera mahai (waktu ni tak beli lagi nikon ittew tu).Tambahan pulak canon aku battery flat, so guna iphone jela nak ambik gambaq pun.

Lepas dah selesai kat situ, kitaorang bergerak ke muzium dekat marina bay tu. Eh, aku tak pasti pulak muzium tu nama apa. Cis. Waktu memula sampai tu si Pykah pulak nak terkencing. Dia memang ada masalah pundi kuat kencing. Kemana kami pi mesti dia akan ke tandas. Lepas dah ber-tandas-kan diri kitaorang, kami pun berjalan dengan lemah gemalai ke along & abg amzar.

 Waktu kami pi kat dorang tu kami sedar yg kereta photographer tu takda. Aku tanya along dia pi mana, along cakap dia balik semula dekat tempat kami first ber-photoshoot. Awat? Sebab dia tertinggal bag camera dia. Gila beteiiii. Kalau aku cuak nak mampuih. Dia tinggal d60 dia dekat along. Aku pun apa lagi, ganyanglah camera dia tu. Miahahaha. Saja ja nak test canon d60 awesome ke tidak. Memang awesome habis. Haih sangap gileeeee.

Along call dia utk bertanyakan jumpa ke tidak bag tu. Dia cakap “enggak dong, guwe tidak ketemu bag itu, guwe sudeh bengong doh, guwe mahu terjun ini selut doh”. Lolz. Kill me please? Hahahaha. Okay. Pasal bag dia tak jumpa dah tu memang betul. Yg lain nak terjun selut apa semua tu hanyalah rekaan semata-mati. Eh saya tak typo k. Nak bahan lettew. Kihkihkih.

Dia datang balik dekat kami dengan muka ceria & cakap “korang simpanlah kamera tu, guwe ngak mahu lagi kamera itu, guwe mahu jadik tukang kebun doh”. Lololololol im kidding. Dia coooool ja mamat tu. Kerja perlu diteruskan katanya. Dalam bag tu ada speedlight & lens lain. Total semua dlm bag tu lebih kurang RM3,000. Dan dia masih boleh buat lawak & tersenyum.

 Kalau aku? Selut tu aku telan buat ubat stress. Hahahaha. Kesian dia.

Waktu dia ambik gambar along & abang tu, dia cakap dengan nada ceria “kalau dekat sini ingatkan boleh guna lens lagi satu”. Alololo kesiannya kamu. Bersabaqlah. Allah bersama dengan orang-orang yg bersabaq :’(

Aktiviti photoshoot masih diteruskan. Lepas dekat muzium tu, abang photographer tu ajak kitaorang ke jeti pulak. Dekat situ mmg menguji kesabaran hidung wa cakap lu. Busuk ya amat. Busuk tu Pykah la bagitau aku, sebab aku tak bau apa sebab selsema. Yay! Muwahahahaha gelak like a boss. Tempat dekat jeti tu penuh siput. Celik mata jumpa siput, celik mata nampak pykah tengah korek hidung. Miahahaha.

Sesi ber-photoshoot tu habis pukul 6.40pm kalau tak silap. Lepas tu abg drive balik Jitra. Laju kemain. Sebab pukul 8 dia nak kena balik Penang dah utk lapor diri. So macam terkejan-kejan sikit. Waktu balik tu mama dah sediakan nasik & abah pun dah ambil ikan siakap fresh gittew dekat kedai utk dinner kami.

Pykah join sekaki makan kaki. Muwahahaha. Makan nasik lah. Sedap kemain. Pykah tambah nasik sampai 3 pinggan. Amboi. Kalau aku buka kedai ni untung sakan. Hohohoho. Pukul 8 abang Amzar terus gerak balik Penang. Pykah? Jadi maid kiteowangz lah. Kahkahkah. No, along hantar dia balik lepas dia makan tu.

Hmm, that’s all. Btw, HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA!!!! Lambat sangat kan aku wish? Hihihihi I’m sorry. Busy lately!

 Take care fellas!

 Much love, Atyn Roslan. x