chapter 20; God created me with love.

06 September 2012

New life. x

Assalammualaikum.

Setelah lama aku sabar, menanti saat-saat indah utk aku dapatkan apa yg aku hajati. Akhirnya, tanggal 5/9/2012, Dia makbulkan apa yg hamba Dia yg hina-dina ini nak. Terima kasih Allah SWT. Terima kasih mama & abah. Terima kasih semuanya sebab sudi beri apa yg budak tak awesome ni nak. Terima kasih.

Nikon d60, hai sayang! Selamat menjadi hamba abdi Atyn Roslan! Hahaha rasa macam kejam pulok cop si camera ni hamba abdi. Hahaha i'm sorry baby.

Damn, aku taktau nak taip apa dah.

Oh.

Hari Ahad haritu along & abang Amzar ada photoshoot pra-wedding dorang. Pykah make-up-kan along. Abang Amzar takyah cakap, tak perlu di-make-up-kan atas sebab tertentu. Miahahaha.

Aku ajak Pykah teman. Yela waktu tu semua kawan-kawan aku yg lain sibuk. Masing-masing balik ke tempat belajar depa kan? Hmm.

First tempat utk dorang photoshoot dekat tepi laut (eh? Laut ka pantai aku pun tak sure doh). Hahaha. Aku dengan Pykah menjalankan sesi photoshoot kami sendiri. Sad part sebab bukan guna camera mahai (waktu ni tak beli lagi nikon ittew tu).Tambahan pulak canon aku battery flat, so guna iphone jela nak ambik gambaq pun.

Lepas dah selesai kat situ, kitaorang bergerak ke muzium dekat marina bay tu. Eh, aku tak pasti pulak muzium tu nama apa. Cis. Waktu memula sampai tu si Pykah pulak nak terkencing. Dia memang ada masalah pundi kuat kencing. Kemana kami pi mesti dia akan ke tandas. Lepas dah ber-tandas-kan diri kitaorang, kami pun berjalan dengan lemah gemalai ke along & abg amzar.

 Waktu kami pi kat dorang tu kami sedar yg kereta photographer tu takda. Aku tanya along dia pi mana, along cakap dia balik semula dekat tempat kami first ber-photoshoot. Awat? Sebab dia tertinggal bag camera dia. Gila beteiiii. Kalau aku cuak nak mampuih. Dia tinggal d60 dia dekat along. Aku pun apa lagi, ganyanglah camera dia tu. Miahahaha. Saja ja nak test canon d60 awesome ke tidak. Memang awesome habis. Haih sangap gileeeee.

Along call dia utk bertanyakan jumpa ke tidak bag tu. Dia cakap “enggak dong, guwe tidak ketemu bag itu, guwe sudeh bengong doh, guwe mahu terjun ini selut doh”. Lolz. Kill me please? Hahahaha. Okay. Pasal bag dia tak jumpa dah tu memang betul. Yg lain nak terjun selut apa semua tu hanyalah rekaan semata-mati. Eh saya tak typo k. Nak bahan lettew. Kihkihkih.

Dia datang balik dekat kami dengan muka ceria & cakap “korang simpanlah kamera tu, guwe ngak mahu lagi kamera itu, guwe mahu jadik tukang kebun doh”. Lololololol im kidding. Dia coooool ja mamat tu. Kerja perlu diteruskan katanya. Dalam bag tu ada speedlight & lens lain. Total semua dlm bag tu lebih kurang RM3,000. Dan dia masih boleh buat lawak & tersenyum.

 Kalau aku? Selut tu aku telan buat ubat stress. Hahahaha. Kesian dia.

Waktu dia ambik gambar along & abang tu, dia cakap dengan nada ceria “kalau dekat sini ingatkan boleh guna lens lagi satu”. Alololo kesiannya kamu. Bersabaqlah. Allah bersama dengan orang-orang yg bersabaq :’(

Aktiviti photoshoot masih diteruskan. Lepas dekat muzium tu, abang photographer tu ajak kitaorang ke jeti pulak. Dekat situ mmg menguji kesabaran hidung wa cakap lu. Busuk ya amat. Busuk tu Pykah la bagitau aku, sebab aku tak bau apa sebab selsema. Yay! Muwahahahaha gelak like a boss. Tempat dekat jeti tu penuh siput. Celik mata jumpa siput, celik mata nampak pykah tengah korek hidung. Miahahaha.

Sesi ber-photoshoot tu habis pukul 6.40pm kalau tak silap. Lepas tu abg drive balik Jitra. Laju kemain. Sebab pukul 8 dia nak kena balik Penang dah utk lapor diri. So macam terkejan-kejan sikit. Waktu balik tu mama dah sediakan nasik & abah pun dah ambil ikan siakap fresh gittew dekat kedai utk dinner kami.

Pykah join sekaki makan kaki. Muwahahaha. Makan nasik lah. Sedap kemain. Pykah tambah nasik sampai 3 pinggan. Amboi. Kalau aku buka kedai ni untung sakan. Hohohoho. Pukul 8 abang Amzar terus gerak balik Penang. Pykah? Jadi maid kiteowangz lah. Kahkahkah. No, along hantar dia balik lepas dia makan tu.

Hmm, that’s all. Btw, HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA!!!! Lambat sangat kan aku wish? Hihihihi I’m sorry. Busy lately!

 Take care fellas!

 Much love, Atyn Roslan. x

No comments: