Orang lain sibuk kejar sana kejar sini pergi masuk universiti sambung cita-cita masing-masing. Aku? Form 6? Tak dah weh. Aku dah stop form 6. Biar orang nak cakap apa pun, "tak pi belajar masa depan tak cerah lah, at least ada sijil cukuplah.."
Memang aku tak nafikan sijil tu penting. Baguslah kalau ada, jangan lupa sebut alhamdulilah ye? Aku tak pi universiti sebab aku rasanya aku dah tak boleh belajar. You know what I mean? Belajar tu boleh tapi kalau nak belajar sedalam-dalamnya rasanya memang susah kot.
Aku ikut kemampuan. Aku tengok diri aku sendiri. Tak payah ikut orang lah. Ikut orang, punahlah hang. Berpegangkan prinsip "Dia dah masuk kolej/universiti, aku tak masuk apa lagi, takleh jadi ni, kena cepat-cepat daftar!". No, i'm not a type like that. Tak suka ikut orang, aku jadi diri sendiri. Ukur baju badan sendiri kan? Okay, ayat aku kemain skema sejak bergaul dengan orang-orang kat sawah tu. Lulz~
Pukul 2pm dari sekarang bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pelajar fashion & design, aicewah ayat kemain (ʃƪ´⌣` )
Walaupun tak berdaftar dengan mana-mana universiti tapi aku tetap maintain cun. Okay apahal? Hahaha takda kena mengena langsung (⌣́_⌣̀) Maksud aku, aku tetap as a student bidang fashion & design kan? Yeap aku yg rasmikan sendiri. Bhahahaha.
Dulu cita-cita aku memang nak jadi fashion designer pun. Tak caya cuba tanya mama, tak caya jugak cuba tanya Nad. Oh ya, cerita pasal Nad, dia tengah study kat Uitm Perak sekarang. Kejar pelangi dia. Aku pun tengah kejar pelangi aku, sama-sama kejar pelangi kami sampai ke hujung dunia. Aku rindu dia. Dan kawan-kawan yg lain.
Sambung balik cerita tadi, dari tingkatan 1 atau 2 memang cita-cita aku nak jd designer ni tinggi tahap 58925689 juta kali. Tapi semua tu terbantut seketika bila aku masuk tingkatan 3 dan waktu tu takda subjek Kemahiran Hidup. KH kan ajaq kita macam mana nak buat baju. Hihihihi so aku lebih tumpukan kat PMR dan lupakan hasrat aku nak jd designer.
Aku pernah cakap dekat mama yg aku nak buka butik utk semua golongan saiz. Dari XS sampai ke XxxxxxxxxL. Aku kesian tengok orang yg berbadan besaq tak sempat nak pakai baju yg cantik-cantik. So don't worries girls, your dream will comes. InshaAllah if Allah wills. Dulu waktu tengah angau dengan butik sendiri, aku ada reka nama untuk baju keluaran aku, namanya Butik Effa. Hahahahahaha macam bangang punya nama. Publisiti murahan sangat.
So doakan kejayaan aku. Aku juga doakan yg terbaik buat sahabat-sahabat aku. Jangan peduli orang kata, yg penting, apa yg kita rasa.
Waittttttttttttttttt. Layan dulu gambaq selapis dua. Bhahahahaha.
Belajaq jahit zigzag. Sapa cakap senang dia hitam. |
Muka nak kusyuk saja. Thank shapikah, me loves this (ʃƪ´⌣` ) |
Download dr myspace haritu. Miss this sho much. x |
Otw balik dari kenduri haritu. Me looks so damn tembam, argh stress tetiba xp |
I just love this - How I Met Your Mother (Y) |
Thank you sebab baca, kata-kata terakhir ialah
"Don't worry about money and fame, if you love what you're doing and work hard, it'll come"
by Ryan Nigahiga
Bye guys. See ya next time. InshaAllah.
s
2 comments:
Kreatif penulisan awak. Saya ingin berjumpa dengan kamu.
Jom, now. i dare you, gay. hahahaha
Post a Comment