Assalammualaikum.
Hello guys!! There's something i wanna share with you guys, its about me. *okay masa ni Cibbi tengah tarik rambut saya*
Okay tahun lepas saya masih tak pakai tudung. Before that, saya pakai jugek la, tapi jarang sangat. Bila hari ada mood nak pakai baru pakai. Bila tudung pun okay, tak serabai, saya baru pakai. Kalau tak, saya masih dedahkan apa yang tak patut saya dedahkan.
Tapi start along habis belajar and jadi penjual anggur (penganggur) for a few month, saya start berminat dengan tudung dengan dia ada. Even tudung along tak menepati citarasa saya, tapi saya tetap tertarik untuk mengenakan tudung. Masa tu trend shawl-shawl baru nak berkembang, so semangat saya untuk memakai tudung berbuak-buak.
Tanggal 22.7.2010, saya tekad untuk meninggalkan zaman gelap saya untuk tidak memakai tudung. Tanggal 23.7.2010 saya mula memakai tudung. I can feel something amazing, something comfortable and something great with that. Its like eye-opener. Thanks Allah for that.
Semangat saya terus membara bila malam kedua saya pakai selendang hitam dengan baju kurung untuk pergi ke majlis tahlil di kampung kawan abah, sebelum tu kami singgah makan malam dekat Nas Corner. Yang paling mengejutkan bila makcik yang jual nasik tu puji saya pakai tudung lebih cantik berbanding tak pakai.
Saya pakai tudung bukan semata mata nak dengar orang memuji, sebaliknya saya jumpa apa yang saya cari selama ni, iaitu keselesaan.
Sebelum pakai, saya ada survey gaya rambut mana yang cantik. Bila saya dah dapat gaya rambut yang cantik, banyak saja halangan yang ada. Tak sesuai dengan muka la, tak elok la, tak ini la. Semua serba tak kena.
Tapi sejak memakai tudung ni banyak jenis fesyen tudung yang saya boleh gunakan. Janji ia masih tidak melampaui batas dan masih menutup aurat.
Berkenaan dengan persekitaran pula, pada mulanya memang terdapat banyak halangan. Ada orang yang cakap muka saya elok bila tidak bertudung. Tapi saya gagahkan juga, saya masih memperjuangkan perjuangan saya dalam memakai tudung.
And then halangan yg lain apabila saya tiada baju berlengan panjang kerana sebelum ni semua tangan baju hanyalah pendek-pendek belaka.
So thats it. Saja nak kongsi supaya kawan-kawan saya diluar sana yang masih belum berhijab segera memakai hijab kerana ini satu diantara tuntutan Allah.
Bab tulisan SAYA tu tak salah kan? Heeeeee! :')
So selamat ulangtahun pertama pemakaian hijab saya. Mungkin ada yang berfikiran "Cis, yang ni pun nak buat entry". But do i look so care about that? You can say whatever you want, because totally you guys yang mengata tu takda life!
Okay thats it. Thanks for reading this LONG LONG LONG entry ever.
2 comments:
this is a nice entry actually.
alhamdulillah,semoga ianya kekal =)
Kak Farysa - InshaAllah Ameen! I hope so! =')
Post a Comment