chapter 20; God created me with love.

08 June 2011

Saja ja (edisi kehidupan lagi)

Assalammualaikum.

Aku dah tak mampu nak menilai orang, dan aku sebenarnya tak mahu menilai orang. Manusia tak berhak menilai dan membanding manusia lain. Cuma yang Mencipta layak menilai manusia mana yang layak berada disisi-Nya. Tapi hati aku tak boleh menolak perasaan untuk menilai manusia lain. Walaupun dalam kuantiti yang sangat sedikit.

Dah. Aku malas sangat nak bermadah-madah. Aku tak reti. Lagipun aku rasa macam susahkan hati orang ja bila kita bermadah sedih-sedih bagai. Kalau aku terbaca blog manusia yang selalu hampa/gloomy, hati aku rasa sedih sama. For what kita buat manusia lain turut sedih dengan apa yang kita dah lalui?

Oh ya, aku tak sangka aku dah buat dua perenggan yang panjang. Sebab masa mula menaip tadi pun aku terfikir tak mampu dah nak teruskan menulis, takda idea sangat.

---

Cerita pasal Hari Bapa. Aku sangat yakin yang segelintir manusia tak perasan hari bapa. Kalau hari ibu memang cepat alert, sama macam aku. Tapi hari bapa ni kurang sikit sambutannya. Tak tau lah kan kalau-kalau ada yang menyambut.

Macam abah aku, dia tak berapa nak ingat sangat pasal hari-hari yang special yang ada hubungan dengan dia. Tambahan hari bapa. Memang aku jamin dia takkan ingat, dan dia takkan terasa pun kalau aku tak wish. Tapi aku kena wish jugak. 

Macam hari ibu lepas, aku bagi kat mama cadbury, mama makan. Tapi macam mana pulak dengan abah? Aku nak bagi apa? Coklat? Sah-sah tak boleh, sebab abah tak boleh makan manis. Aku tak tau nak beli apa. 

Macam birthday mama dan abah beberapa hari yang lepas, aku & along belanja makan. Kenapa tak beli kek? Sebab abah tak suka. Dia cuma akan celebrate dan gembira ja sebab anak-anak dia ada dengan dia dan sambut hari lahir dia. Tapi dia tak makan pun. Mama ja yang makan. So kami decide belanja depa makan malam tu.

Agak susah nak beli gift apa-apa untuk abah ni. Hm, mungkin aku akan fikirkan masa nak tidur nanti. 

Tehehehehehehe.

No comments: