chapter 20; God created me with love.

17 February 2013

The wedding story

Assalammualaikum.

So yeah, alhamdulillah majlis kahwin along & abang amzar berjalan sangat lancaq. Terima kasih bebanyak kat semua yg terlibat tetambah jejirans saya yg awesome gila babi bakhang. Jiran hang pun tak macam jiran aku, bersatu dia bukan main. LOL

Start hari Rabu tu kami dah kalut. Lari sana lari sini. Pi ambik baju pengantin, pi bayaq itu pi bayaq ini. Macam biasa, kami tak berdua, bertiga. Pikachu pun ikut sekali. Malam tu dia tidoq rumah aku. Malam tu jugak aa sibuk buat doorgift. Phew rumah aku sesak dengan jejirans, bebudak, kotak, makanan sini sana.

Malam yg paling busy nak mampus, Khamis aa. Malam Jumaat. Malam tu malam berinai & malam masukkan bahulu & muffins dalam doorgift. Orang dari serata pelusuk dunia datang tolong (tipu). Phew penat. Aku bukan penat buat apa pun, penat buat ayaq jamu depa ja. Baru letak pungkoq dengaq mama suruh buat ayaq kopi. Baru nak mesrakan pungkoq dengan kerusi abah suruh itu suruh ini. Tawakal ja. Nasib baik petang tu aku dah install kesabaran. LOL. Malam tu gak bf Pikah sampai dari Kelantan. Bf dia cool, okay aa. Baik ja, siap bawak limau sekotak. Baik kan kan kan? Baik lah sangat..... HAHAHAHAHAHA. Tapi serious dia baik. Laa apahal dari tadi duk cakap dia baik ni? Penampaq hang mau atyn?








Hari Jumaat tu pinggang aku nyaris nyaris tercabut, alhamdulillah tak tercabut pun. Bangun pepagi sesiap pakai baju cecantik sebab orang duk datang kan, aku masukkan 1k bahulu dalam doorgift & susun dalam kotak elok elok sebab nak bawak pi dewan. Ya know, bawak natang doorgift tu pun kena angkut dengan lorry. Gila betei.

Hari Jumaat tu paling teruk. Yg paling teruk jejirans aku aa. Depa bangun pukui 5am & kami sefamily tengah sedap dok lena lagi waktu tu. Depa mangkit (baca:bangun) sebab nak pi pasaq borong kat aloq setaq tu. Hari Jumaat kan along akad nikah, so depa aa volunteer & at the same time kena paksa dengan mama kena masak utk hari tu. Memula depa masak utk lunch & start petang sikit baru masak utk tetamu lepas balik dari masjid utk makan malam.

Depa masak macam memang best aaa. Lauk kampungan tahap tahun 1988, lulz. Tengah hari tu buat ikan bakaq, sayur kobis (my favorite), kepah masak lemak, ulam, sambal belacan mak kiah yg superb & ikan masak sayoq. Phew terangkat akuuuuuuuuuuu weh, terangkat dia punya cerita sampai rasa nak terbang, lol. Menu utk malam pulak gulai udang + kacang buncis, ikan temenung goreng, ulam, sambal belacan mak kiah yg superb awesome nakharei fucking awesome gila babi weh, tembikai & hatimu masak hatiku menjadi satu cinta ku rasa hatimu menyempurnakan aku~~~  tapi cinta bukan milik kita~~ lalala. LOL. Ya, hati goreng. Kisah pulak aku bye.

Eh tak bye lagi tau uols. Nak cerita pasal malam akad nikah tu. Kami pi masjid pukui 8.30pm. Along akad nikah lepas isyak sebab abang amzar exam petang tu so tak sempat buat lepas maghrib. Rumah kami tinggalkan dekat jejirans sebab ada marhaban & tahlil doa selamat. Abang kemain nervous. Nak tergelak pun ada. 2 kali lafaz terus along sah jadi milik dia. Ingatkan nak goal sekali tapi ter-dua pulak hahahaha nak buat gena kan?

Orang kemain ramai datang. Siap pak imam masjid tu kata nasib baik buat dekat tingkat bawah, kalau atas memang sempit sebab orang ramai. Sobs sobs terharu.











































Dah selesai semua, balik rumah semua pi serang nasik. Amboi gelojoh uols. Lapaq lettew. Lepas marhaban, depa (geng2 perempuan) masuk buat bunga telur & bunga rampai dipalu palu hati longlang jadi penghibur (lirik menipu cam harem). Waktu tu gak si Nado sampai dari iPoh. Man pi ambik dia dekat stesen bas sebab makpak Nad pi KL. Dia tidoq rumah aku siap pinjam kebaya aku lagi tu. Nasib baik aku dah install kemurahan hati, kalau tidak memang aku nak sewakan ja baju tu. Rm20.00 sejam. Kaya makcik kaya!

Kami semua kepenatan. Tidoq luaq semua malam tu. Sekali dengan pengantin tidoq luaq sampai sakit belakang. Malam tu kami tak pi dewan pun tengok persediaan pelamin sebab semua dah penat tahap gila. Kami percaya kat wedding planner tu. So esok jela kami pi tengok camna.

THE WEDDING DAY! 

Bangun pagi semua berebut siap ada yg nyaris nak terbunuh sebab berebutkan bilik ayaq. Phew bilik ayaq aku hot sampai semua nak masuk. Lulz. Aku mandi agak lama aa, sorry nah sesapa yg menunggu. Lepas dah siap semua, kami bertolak pi dewan jam 11am. Along tak pi lagi, kejadah apa pengantin pi awai kan? Aku, nad, pikah & abang apa taktau nama dia tu hantaq kami pi dewan. Nasib baik ada dia, kalau nak tunggu along memang panas hati aku kat situ.

Sesampai sana tengok katering kalut susun atur kerusi meja & lauk pauk. Yg live band duk test test lagu. Seronok gak ada kugiran ni. Meriah. Tak sama macam guna PA system. Aku cadangkan kenduri nanti nak guna live band jugak aa.

Pukui 12pm orang mula mai dah. Aku ni tak makan apa pun sebab tak lalu sebab ramai sangat orang datang. Kiranya aku tak sempat nak rasa bihun sup, bubur kacang hitam pun. Ramai puji bihun sup memang terbaik, sayangnya aku tak sempat merasa. Makan nasik pun pukui 3.30pm tu pun tak lalu sangat nak makan. Kejadahnya..

Pukui 1 lebih kot along datang. Waktu tu orang memang sendat ah. Ramai nak mampuih macam datang ke pesta muda mudi tok hang. Orang yg aku jemput alhamdulillah datang even ada yg tak datang nak buat camna kan. Baju along cantik sangat, tengok ah sapa pilih kalu bukan aku! Ni tidak, nak pilih baju pengantin macam orang nak ke bendang makan lunch sefamily. Taste apabenda lah? Wakaka. Baju belah Langkawi pun aku pilihkan. Ni tidak nak pakai baju bebunga dah macam kedai bunga berjalan pun ada. The heck weh.

Live band terus mainkan peranan sampai pukul 4pm. Lepas live band, mama buat pertandingan karaoke antara sepupu sepupu. Memang layan habis. Yg lawak (even tak lawak pun sebab aku taktau nak buh apa dah bagi ayat dia sedap sikit), orang luaq pun join sekaki. Siap dapat top 3. Wahahaha.

Alhamdulillah, setakat ni takda dengaq komen negatif. Semuanya positif. Along dapat hadiah banyak gila. Penat buka tau uols. Duit orang sedekah pun kemain beriban dapatnya. Alhamdulillah. Rezeki.






With Fazwan & Pikah. 



Baru suku ni

















ehem ehem! 


ignore me


Fuh penat siak aku berhempas pulas selama 4 hari siapkan entry ni. Faking. Nanti cerita pasal bertandang rumah mertua along, aku up nanti ye? Penat jari dah ni oi. Till then. xoxo

04 February 2013

Perihal kucing kedai makan

Assalammualaikum.

Ada fikir pasal kucing yg lapar sangat tu? Ada? Kalau ada baguslah, at least korang ni peka juga bab bab makhluk lain. Ye dak?

Aku nak bincang harini pasal kucing kedai makan. 24 jam duduk kedai makan, pusing sana pusing sini pi mai pi mai tapi bila kita pi tetap dia nak gesel jugak dekat kaki mintak makanan. 24 jam duk situ takkan tak kenyang?



Sebenarnya jawapan tu babun pun tak tahu. Tapi manusia normal yg ada akal tau. Macam mana depa nak kenyang kalau baru nak start bergesel dah kena tendang? Ya, aku tau rimas & menggelikan tapi sedaq dak makhluk yg hampa tendang tu ciptaan Allah jugak? Datang dari Allah & dia akan kembali ke Allah sama macam kita jugak nanti. Sedaq? Tak sedaq? Mai sini baca apa yg aku nak habaq ni.

Macam mana dia nak kenyang makanan kalau dia sebenaqnya dah kenyang dengan penendang. Kalaulah penendang tu boleh buat dia kenyang, aku rasa memang dia takyah susah susah bangun utk hari esok utk gesel lagi mintak penendang sebab dia totally kenyang dengan penendang tiga rasa.

Aku respect ah manusia yg ke kedai makan muka gengster tapi bila kucing datang gesel dia tetap bagi ayam/ikan or something yg boleh buat kucing tu kenyang. At least muka gengster tapi hati nurani dia baik. Ada juga belas kasihan.

Abah selalu bagi kucing makan kalau kucing tu bergesel. Tu yg aku boleh cakap muka gengster tapi bila dengan kucing ni dia kalah, abah lah. Hahahaha. Dia selalu ambik tulang ayam kami kalau ada kucing datang. Bukan aku nak menunjuk but at least bior korang sedaq yg kucing pun perlukan makanan even tulang temulang pun.

Korang pun kalau lapaq nak mampuih mesti cari makanan gak kan? So does with the cats. Depa pun tau lapaq. Apa salahnya bagi sikit. Tak rugi pun. Makanan tu esok lusa korang boleh makan lagi. Tapi kucing? Tunggu ja kat situ tunggu orang berhati mulia hulur makanan. Kalau takda dia tetap akan pi gesel jugak sebab dia bukan ada duit, motor & kereta boleh pi beli makanan. Fikir sikit boleh tak?

Makanan tu kita bila-bila boleh makan tapi kucing?

Dekat luaq rumah ada sekoq kucing taktau mai dari mana. Dia jalan menyenget macam ketam, tangan terkulai. Abah selalu bagi makanan yg Chimok, Baby & Chibbi makan ke dia. Alhamdulillah tangan dia dah okay. Syukur sangat-sangat. Tadi tengah hari aku bawakan 'lunch' ke dia, dekat leher pulak berlubang, mungkin sebab gaduh kot.

Aku teman dia makan. Aku letak air sebekas tepi dia. Bila dia kenyang, dia datang gesel-gesel kat kaki aku. Nak tau kenapa dia gesel? Sebab dia ucap terima kasih kat aku. Aku urut badan dia sambil cakap "sama sama..". Macam mana aku tau? MHI habaq weh. Memang itu tujuan depa gesel ke kaki kita. Sebab jaga, bagi depa makan. Terharu k.

Tapi lain pulak kalau yg gesel kat kedai makan tu sebab mintak makanan sebab depa lapaq oi. Pandai-pandai hang la nilai sendiri benda tu. Dah besaq panjang dah. Kan?

See you soon. Penat aku taip tau nyah. Bye.

31 January 2013

A few days to go!!!!!!!

Assalammualaikum.

How ya doing? Great? Me just doing so fine.

Kira kira dengan mama tadi minggu depan kenduri along and i was like "whut the heck....? ingatkan minggu depan lagi sekali. awat cepat sangat? time flies so fast" 

Fuck betei kalau hang tak sedaq yg masa semakin cepat & hang pulak pesen duk terpinga-pinga taktau apa hat jadi. Suck. Boleh pi gantung diri sendiri dah lol wtheck.

Baju, shawl, spenda semua dah siap sedia dah, duk teratoq elok ja. Yang takdak lani cuma kasut. Nak cari kasut serupa nak cari contact lens dalam belukaq. Faking. Aku pulak pesen susah nak suka kasut sebab aku jarang beli kasut. Keluaq pun seqelum(pakai) flip flops ja malas dah aih aku nak bertumit tinggi segala natang ni.


Semakin nak dekat dengan kenduri ah aku macam letih ja. Asyik nak tidoq awai. Baguih aa tidoq awai, bangun awai boleh sembahyang subuh & keluaq pi luaq ambik udara nyaman.

Selalunya pepagi lagi aku dah terpacak kat kedai kak nora, jiran yg duk niaga nasik lemak kat lorong masuk rumah aku. Takyah cerita sedap ka dak, tengok aku taip "pepagi" means setiap pagi. Ya nampak macam takda kena mengena sebab memang takda kena ngena pun.

Babi apa duk rasa lama ja menaip ni. "Stop atyn stop. Pi tidoq kaih atyn oi. Mata hang tu kuyu dah tu." kata aku padu ke dalam hati lalu menusuk otakku.

Ya. Bye. xxx

27 January 2013

Perihal makan

Assalammualaikum.

"Abah, start harini adik nak diet, takmau makan nasik dah selama 14 hari ni, pecutan terakhir kenduri along..".

Abah senyap.

Kekononnyalah. Petang lepas aku cakap benda tu dengan abah, aku pi Mahsuri Cafe kot apabenda taktau nama dia, aku order nasi kerabu. Ya, diet sangat kannnnnnnnnnnnnnnnnn.

Faking.

Susah betui nak kawal hawa nafsu ni tak bagi makan. Tak bagi makan, perut ni meronta ronta macam buat pinjaman bank, lol takda kena mengena. Aku nak buat perumpamaan tapi tak jadi. Hambar gila. Bila dah makan, lepas 30 wajib lapar balik. Selera makan tengah membuak, aku tak dapat kawal.

Apa yg ada pun aku sentai ja. Paling teruk tahap membabun pun aku telan ayaq sejuk dalam peti ais rasa dok makan tutti frutti. Hahahaha shit. Eh gelak dekat lawak diri sendiri pulak. Awkward.

Haritu aku ada buat sikit sit-up & senaman yg boleh sihatkan badan. Penat tu aku & Tuhan saja yg tau. Penat rasa macam nyawa aku berada dihujung rumah. Why rumah? Sebab telur dah selalu berada dihujung tanduk, too mainstream, tukar sikit apa ada salah kan?

Aku pun sebenaqnya taktau nak taip apa lagi. Mengantuk ni bukan main. Rasa macam tengah pikul seguni besar biawak atas tengkuk.

Tengah counting hari perkahwinan along. Wuwuwu. Time flies so fast. Rasa macam kelmarin aku tarik rambut dia & dia tarik rambut aku sebab berebutkan stokin. Hahaha perangai macam asdfghjklfuck. Padahal esok tu mama rileks ja pi beli hat baru. Rasa macam kelmarin abah ulang alik hantar kami adik beradik naik motor kriss abah pi sekolah.

Rasa macam kelmarin lah pula pi sekolah terlupa bawak beg. Hahahahaha faking. Aku takkan lupa. Cikgu gelak dekat aku sampai kena rasuk. LOL. Sudahlah dengan semua 'rasa' ni, aku nak off.

Thanks for reading this. Take care fellas! Bye. x

22 January 2013

Too late

Assalammualaikum.

Kita jumpa orang, nanti kita mesti berpisah juga. Kita rapat dengan orang, suatu hari akan renggang juga. Kita sayang orang, tapi mana tahu suatu hari nanti Allah tukar sayang tu jadi benci yg teramat sangat, hitam pekat. Who knows, kan?

Tapi selagi masih ada, jaga elok elok. Don't take them for granted. Selagi masih ada, sayang elok elok. Sebab kita manusia, taktau apa yg bakal berlaku. Manusia ni biasa ah, bila dah terlambat tu baru nak ambik berat. Bila ada depan mata, buat bodoh ja.

Sebenarnya, aku boring sangat tahap pelahap dah ni. Taktau nak buat apa, aku blogging sepam dua. Ya. Lama aku tak buat entry belambak cenggini. Ni aku dah buat, bersyukur lah sikit (tetiba).

Pesanan terakhir: Takkan nak tunggu mati baru nak pergi ziarah? Waktu tu airmata aku, hang & dia tak berguna dah. 

xxxx

21 January 2013

Hi!

Assalammualaikum.


Lama nak mampus aku tak update blog ni sorry sesangat weh I've my own reason why i didn't update this lame-blog-ever. Okay enough with this.

Btw, happy new year to all my followers & readers! Have a good year & have a blast. May Allah bless all of us.

So, supp? How ya day? Me iz pretty good. Being so busy lately.

Pasal nak sambung belajaq tu tak jadi. You know, aku kena tipu dengan pihak kolej tu memang ah macam asdfghjklkjhgfdsa pls korang lepas ni kalau nak masuk belajar kaji betul betul apa yg korang kena bayar & apa yg korang dapat pulak. Macam cilaka nak menipu orang agak agak ah aku ada PhD bab bidang tertipu ni weh lol wtf.

Sekarang ni sibuk sangat weh memanggil sana sini. Memang banyak benda terjadi dalam hidup aku sepanjang aku tak update blog ni. Dah nak kenduri along kan? Hehehe so sibuk sikit. Sekarang ni tengah sibuk memanggil tetamu dengan mengedarkan kad kenduri. Phew penat jugak kerja ni.

Lepas edar kad kenduri, kerja lain menanti. Antaranya nak buat doorgift. Hantaran along dah buat, dia suruh kawan dia buat & totally it was worth it. Dahla cantik, murah pulak tu. Alhamdulillah.

Kira kira balik lagi 19 hari along akan jadi milik orang. Sobs sobs. Time flies so fast. Rasanya macam baru kelmarin gaduh pasal stokin sekolah siap tarik rambut dengan dia wakakaka. Sekarang dia nak jadi isteri orang. Insha Allah.

Ya, sekarang ni memang 100% nak tumpukan dekat kenduri along lepas tu baru nak fikir nak sambung belajar. Takmau nak cepat. Pasal kes nak cepat ni ah sampai nyaris kena tipu, pig betei.

So kepada sesapa yg baca entry ni lepas tu rasa macam nak bercuti kat Kedah pada bulan Februari tu jemputlah datang ke Dewan Jitra pada 9hb Februari 2013 (Sabtu) ye? Jangan malu. Kalau datang, cakap ja "Saya kawan Atyn Roslan". Ye? Hehehehe.

Vain. 

Lame. 

Nah ambik. Ni lah atyn roslan hat comot dgn shawl heqot. Waktu ni duk cover malu sebab pi rumah kahwin pakai kasut takda bunga dah so lagi sikit nak jatuh nasib baik takda sapa nampak. Tu kaki abg wan, ya, dia pun ikut pi kenduri. Buu pulun abang aku sorang ni :// 


Till then! Bye fellas! Take care of yourself! (: x