chapter 20; God created me with love.

29 October 2012

Dear friends, x

Assalammualaikum.

Dear friends,

I know you're not gonna reads this because I know you're busy person in le world. Kalah perdana menteri and so on.

Aku tahu, aku terkandas dekat Jitra sebab pilihan aku. Aku ada banyak pilihan untuk bawa bontot ni duduk dekat mana aku nak, tapi aku memilih untuk tetap tinggal di Jitra.

Tahu kenapa? Sebab aku nak kejar cita-cita aku yg lama tu, aku pilih jalan pantas untuk terus cari duit berbanding 'menghabiskan' duit belajar dekat negeri lain.

Aku ingat raya ni kita semua boleh berkumpul sekali, tapi sayangnya tak. Aku faham fakta tu sebab aku pun ada kakak yg pernah pi belajar & balik dia nak spent time dengan family. Aku tahu.

Tapi conclusionnya selepas aku duduk semeja dengan Man yg jugak merupakan student IPTS, dia pun cakap banyak antara kawan-kawan kami dah berubah lepas masuk universiti masing-masing.

Ada yg terus hilang tanpa khabar berita. Ada yg sibuk tersangatlah gila. Ada yg call cakap nak jumpa tapi masih tak jumpa-jumpa.

Aku & kawan-kawan yg 'terkandas' tinggal dekat Jitra ni memang kena kuatkan hati kami. Serious. Aku selalu lepak dengan Pikah & Man ja. Yg lain aku dah tak pasti.

Kadang-kadang malas jugak aku nak jawab pertanyaan family aku soal kawan 'rapat' aku, aku cuma jawab "kawan lagi, cuma tak rapat macam dulu".

Kawan, nak tau dak, ayat tu yg paling aku takmau untuk cakap tapi sekarang aku terpaksa cakap.

Sekarang, aku rapat dengan orang yg aku tak rapat dulu. Dan orang yg sepatutnya lagi rapat dengan aku dah tak rapat. Takpalah, aku faham.

Aku harap suatu hari yg indah nanti, kita boleh kumpul sesama, bercakap soal apa yg kita pernah lalui bersama dulu.

Touching entry, I know.

Jaga diri, kawan.

Much love,
Atyn. xx

2 comments:

Shazana Samaluddin said...

biasa lah lepas sekolah memang akan terjadi. no doubt. nanti lagi beberapa tahun, macam2 perangai kawan2 kita masa sekolah kita boleh detect nanti sama ada positif dgn negatif je. mcm kita byk yg negatif, saya percaya dia. 10 tahun kenal. tapi bila dh masuk u dah lain perangai. cerita rahsia, then dia pi bagitau org lain. bash saya di temlen dan mcm2 lagi. sadis

Atyn Roslan said...

Itu merupakan fakta yg kalau boleh saya takmau terima tp apakan daya :(