chapter 20; God created me with love.

25 June 2012

Un-well

Assalammualaikum.

Ke-ting-ting-ting! Lol

Hari Khamis tu semuanya indah-indah belaka. Aku yang tersibuk kan diri buat baju kurung untuk diri sendiri pun rasa yakin akan pakai baju tu untuk hari Sabtu utk majlis kenduri kahwin abang kepada Abg Amzar.

Petang Khamis tu mama ambik aku dekat kelas, lepas tu terus pergi beli makanan petang. Aku beli goreng pisang & milo ais. Balik tu aku makan la sampai tak hengat dunia sambil tengok Karoot Komedia. Gelak kemain sakan, goreng pisang tu pulak sedap kemain dia. Milo ais tu pun kawwww sesungguh hati. Memang perasaan girang tak terkata la waktu tu.

Bila tibanya malam, abah nak keluaq beli makanan malam, aku cakap aku takmo makan sebab dah kenyang makan goreng pisang petang tadi. Keadaan berlanjutan kegirangan sampai pukul 9pm gitu, aku mula rasa tak sedap badan. Tapi sempat lagi I tau nyah sembat baju kurung. Semangat nak pi Langkawi tak pernah pudar. Sigh.

Agak pukul 12am macam tu, semua orang dah nak tidur, aku pun nak tidur gak ah kan. Memang segala tuiter aku tinggalkan sebab mual. Rasa nak muntah tahap 8. Tahap 8? Tahap apa tu? Tahap asdfghjkl gosh aku pun tak tawu -__-

Waktu tidur tu memang rasa lain, aku cepat-cepat ke tandas & tawu tak apa yang terjadi kat aku? Aku m-u-n-t-a-h lah. Benda yang paling aku tak suka dalam hidup. Muntah. You knowwwwwwwwwwww?! Ha???? *pegang collar baju* Okay annoying -__-



Perkara ni berlanjutan sampai pukul 5am. Aku minum, aku muntah beberapa minit kemudian. Sampaikan aku boleh rasa diaphragm aku menangis wa cakap lu. Last-last konklusionnya, jangan minum atau makan, so aku tak muntah. Tapi aku lapar. Memang lapar. Bayangkan, perut aku kosong sebab muntah. Takleh makan sebab takda selera & takut muntah. Kesian aku kan? Huuuu.

Memang badan lemah gila. Pagi Jumaat tu abah bawak aku pi klinik. Satu benda aku nak komplen pasal Jitra, KFC boleh pulak buka 24jam, klinik payah gila. Pukul 9 tak buka lagi. Dah buka, tunggu doktor datang 9.30am. Amboih melampau. Aku ni separa mati dah. Hahaha. Dekat klinik pun aku muntah lagi. Memang teruk la muntah tu. Dah jumpa doktor, doktor cakap usus problem kut. Ntahlah, tak cukup apa taktau.

Balik tu, aku suruh abah singgah beli epal sebab aku teringin makan epal. Ni semua gara-gara poster kelebihan bayi minum susu ibu tu lah. Ada gambar perempuan makan epal. Hahaha teringin siut. Balik tu ja makan ubat muntah doktor bagi tu, terus lena. Bila bangun & makan epal tu semua, aku dah tak muntah. Alhamdulilah.

gambar hiasan. takda kena mengena dan bajet jadi kreatif kahkahkah

Petang tu mama balik ambik half day sebab nak jaga aku. Leganyaaaaaaa. Aku memang perlukan orang yg jaga aku pun. Abah takda pergi mengail. Cari rezeki hehehehehew. Malam tu along balik. Memang sedih ah buat keputusan takleh pi Langkawi. So, mama & along ja pi. Abah jaga aku. Sedih kan? Yeah i know. Dah plan lama dah tapi takda rezeki nak pi. Never mind *sambil buat tangan macam nak tampar gittew* 

Sedih. So conclusion-nya, jangan excited sangat nak rancang something tu, sedih nak mampus kalau tak jadi. Btw, saya dah sihat! Alhamdulilah~~~ 

sekadar kongsian
Ok bye :)


No comments: