chapter 20; God created me with love.

03 May 2012

This is life

Assalammualaikum.


1. Orang sibuk nak ambik tau pasal aku. Thank you for your concern tapi takyah lebih-lebih. Aku tak suka. Aku study mana sekarang, aku buat apa sekarang, tak kerja ka, awat tak kerja, kerja tu comel (takda kena mengena).

2. Orang tanya pasal tawaran IPTA. Bila aku jawab aku dapat kebanyakkan dari IPTS semua buat muka celaka. Kononnya IPTS tu makan duit (memang pun), takda jaminan dapat kerja dan sebagainya.

Pause.

Takda jaminan dapat kerja tu memang lapaq penyepak pokhang. Tu semua atas rezeki masing-masing. Masuk IPTA memang dijamin dapat kerja? Tak semestinya lagilah bero & sis. So stop nak bandingkan IPTA dengan IPTS sebab zaman sekarang ni tiada banyak perbezaan pun.

Okay. Play.

3. Kalau dapat pi study, aku orang paling sedih. Orang lain semua semangat nak pi jauh sebab nak tinggalkan family dan mulakan kehidupan sebagai perantau amatur kat luaq sana. Kononnya berdikari. Ceh. Kalau taktau maksud berdikari sila jangan sebut sangat. Bila dah ada 5 ringgit dalam poket mulalah call mak ayah. Berdikari namanya tu?

4. Puasa. Aku takleh nak fikir macam mana aku nak berpuasa jauh dari family. Entah. Berat gila nak tinggalkan meja yang dah 18 tahun aku selalu berbuka tu. Aku pasti rindu suasana lepas berbuka, aku buka pintu untuk tengok bebudak / kekanak reramai main mercun sampaikan asap berkepul kat depan rumah aku.

5. Sahur. Macam mana aku nak bangun sahur tanpa pekikan suara mama? Serious aku cakap, alarm & nyaringan suara mama memang satu perkara yang matsalleh kata amat berbeza. Alarm bunyi dekat 58 juta kali pun aku boleh buat tak dengaq. Bila mama yg panggil aku, 2 kali ja terus jaga. I don't know why.

6. Balik kampung. Aku tak reti macam mana nak beli tiket bas, tak reti nak cari bas mana aku kena naik. Fakap semua tu. Bakkan kereta dengan pemandu boleh tak?

7. Study. Ini yang utama. Aku tak ready.

Kbai

No comments: