chapter 20; God created me with love.

12 March 2012

Rindu kawan-kawan

Assalammualaikum.

Tiba-tiba rasa rindu dengan kawan sekolah. Kalau boleh aku request sesuatu dari Allah Taala dan harap sangat Allah makbulkan doa aku, iaitu aku nak kumpul semua member baik aku semeja, ya semeja. Sangat susah nak berkumpul semeja macam dulu. Bila berkumpul sekarang, ada saja kerusi akan kosong.

Aku paham. Kita bukan anak orang senang, kita harus kerja. Aku tak merungut, aku cuma rindu. Harap faham.

---

22 Mac ni mungkin hari keluarnya keputusan semua anak-anak yang lahir pada tahun 1994. Nota buat ibu bapa masing-masing, sila terima apa pun result ynag terpampang di atas kertas tersebut. Otak manusia tidak boleh dipaksa. Dan harus diingatkan apa yang ditentukan oleh Allah Taala itu ada hikmahnya atau alasannya yang tersendiri.

Ibu bapa kami tolonglah jangan compare result anak-anak anda dengan result anak-anak orang lain. Sesungguhnya tindakan tersebut akan membuatkan anak-anak anda terasa atau tersinggung.

Aku pasti dan yakin bahawa semua anak-anak 1994 berusaha sungguh-sungguh (termasuk aku) nak dapatkan result yang terbaik, cuma hanya itu yang mampu kami usahakan. Diingatkan semula, otak manusia tidak boleh dipaksa, itu semua ketentuan Ilahi. Itu sudah pasti.


---

Tertanya juga aku, hari pergi ambil result ni mungkin kali terakhir kami semua (rujuk : member-member baik aku) jumpa. Lepas ni nak jumpa sekali memang tak ah.

Orang cakap " Ala, korang nak rapat pun bila masa sekolah ja, lepas habis sekolah mesti berpisah. Percayalah. "

Aku cakap " Inshaallah tak. Kita orang kan kawan baik"

Sekarang apa yang 'orang cakap' tu betul.

Aku harapkan perubahan. Aku rindu mereka.

No comments: