chapter 20; God created me with love.

25 July 2011

Puasa!

Assalammualaikum.

Okay, harini hari Isnin. Minggu depan hari Isnin, tapi special sikit, sebab Isnin depan para-para Muslimin & Muslimat akan berpuasa! Bulan yang semua umat Islam nantikan untuk beribadat sepenuh hati kepada Allah.

Aku sangat tak sabar. Tapi agak sedih la sebab Ekin Roslan takda tahun ni berpuasa/berbuka/bersahur/berpergi ke bazaar Ramadan sekali. Sedih jugak lah. Weh yoyot, baca ni, ADIK SEDIH!

Tapi Ramadan tahun lalu memang banyak kenangan la. Macam-macam terjadi first day Ramadan tu. Aku pun macam taktau apa terjadi masa tu. Memang teruk la masing-masing. Harap-harap tahun ni Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. Ameen.

Aku tak sabar nak beli kurma pakcik tepi jalan area Jitra tu, bagi aku kurma pakcik tu lain macam. Sedap dari kurma Yusoof Taiyoob tu. Seriuosly!

Yayaya (versi Johan), aku tak sabar jugak nak beli baju raya baru! Kemain bukan? Heeeee! :)

*entry paling teruk of the year kot*

No comments: