chapter 20; God created me with love.

22 July 2011

Berita mustahil yang terjadi sekarang

Assalammualaikum.

"Tikam mentua sampai mati"
"Bunuh emak sendiri"
"Terjun bangunan pabila kekasih tidak mahu membelikan mee goreng"
"Berbogel dalam bilik air sendiri" 
"Makan nasi dengan rakus sambil main gitar"
"Berjalan gunakan jari telunjuk"
"Memuntah seekor kucing parsi"

Macam-macam berita yang ada sekarang. Dan jangan terkejut bila korang terbaca cerita lagi pelik nanti. Aku kadang-kadang rasa pelik dengan manusia ni. Buat sesuatu tanpa fikir panjang. Mungkin kerana terlalu ikutkan emosi yang melampau.

Macam harini, muka depan metro ada cerita pasal "Gadis OKU buang bayi". Bila aku baca berita tu, perempuan tersebut dah dua kali lahirkan anak luar nikah. Kemain dengan OKU semua cukup.

Aku kadang-kadang tak boleh terima apa yang aku baca. Macam cerita bulan lepas yang si anak dah lahirkan ramai zuriat daripada ayah kandung sendiri. OMG! I'm speechless! Aku tak tau benda-benda macam ni terjadi kat sekeliling aku.

So pesanan kepada masyarakat, jangan buat perkara negetif yang boleh cepatkan diri kita terkenal, sebaliknya buat benda berfaedah untuk dikongsikan dengan masyarakat supaya kita sama-sama terkenal dimata dunia.

Wassalam :)

No comments: