Aku rindu gila masa pi kem untuk budak form 3 haritu. Masa aku kena jaga budak-budak form3 (jaga ka? padahal menganga ja dalam bilik). Masa tu first time aku tidur kat sekolah. Lepas sekolah tu kena histeria, aku jadi takut nak tidur. Tapi nasib baik masa aku bermalam kat sekolah, takda benda buruk terjadi.
Aku ingat malam Jumaat haritu. Masa semua orang tengah sembahyang Mahgrib dekat surau. Kami 5 orang tak sembahyang sekali. Sebab masing-masing ada alasan. Lepas selesai sembahyang, cikgu minta kami 5 orang naik tingkat 1 bangunan sekolah, pi bilik kaunseling ambil proposal apa entah.
Aku mengaku masa tu aku takut gila. Bayangkan bilik kaunseling tu hujung koridor yang dekat dengan pokok 'berhantu' tu. Nasib baik masa tu aku bawa torchlight. Kalau tidak lagilah naya. Masa jalan tu, aku dengan Nisak duduk depan. Apa kena dengan aku berani semacam jalan depan sekali. Oh baru ingat, lampu sepanjang jalan tu takda okay?
Masa jalan tu aku dengan Nisak cuba berbual kosong, punya nak sembunyi perasaan takut nak mampus tu. Aku cuba cakap dengan dia pasal Maharajalawak. Dia pun layankan saja, sebab aku tau dia pun takut. Yang tiga lagi jalan kat belakang asyik berebut nak jalan dekat tengah, sebab takmau jalan kat belakang, takut lettew.
Yang mulut si Bedah tu pun celaka semacam. Masa tengah jalan nak pi bilik tu, ada bayang-banyang dekat dinding. Bayang-bayang kami la. Tapi si Bedah ni dia boleh cakap kuat-kuat
"Ingatkan hantu..!"
Shit gila. Masa tu memang rasa nak tinggalkan dia sorang-sorang kat situ. Mulut tak jaga langsung! Tapi kami selamat sampai dekat bilik kaunseling tu dengan aman. Masa nak masuk bilik tu, pakat berebut nak masuk dulu. Punya takut. Tapi bila kami cari proposal tu, haram takda pun. Buang masa ja naik. Dah la tengah cuak.
Tu jelah nak cerita. Saja ja boring! Thehehehehe.
Kenangan takleh lupa!
No comments:
Post a Comment