Assalammualaikum.
Aku dah buang. Rasa macam benda tu masih ada.
Anakku si comel,
Selamat tinggal sayang. Kalau ada rezeki nanti, mak akan ambik kau balik ye nak? Jangan risau, kau selamat dengan mak baru sekarang. Jaga diri baik-baik. Jangan susahkan orang, mak tak suka.
Orang selalu susahkan kita kan nak? Mak penat bila lihat apa yang mereka hantar kat kita. Mak pasrah. Mak buang kamu. Maafkan mak sebab jadikan kamu mangsa keadaan. Tapi, seperti yang mak janji tadi, nanti mak cari kamu ye. Kamu cuma perlu bertahan ja. Mak dah tak sanggup bela kamu sekarang. Kita ditindih oleh orang yang tak penting, mak taknak hidup kau diselubungi stress nak.
Kepada anak kesayanganku, SHOUTBOX, nanti mak ambil kamu ye nanti? Kamu bertahan sekejap ye? Mak masih sayangkan kamu. Hanya kerana manusia-manusia takda adab je selalu paste bisnes dorang dalam hidup mak, mak terpaksa delete kamu. Mak dah penat nak. Harap kau faham perasaan seorang mak.
Dari ibumu si blogger mangsa bisnes, Atyn Roslan!
1 comment:
nice headline.haha
Post a Comment